craft
aksesori
Pakaian
home
fb


Wednesday 24 July 2013

Tempahan Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui dibuka



Alhamdulillah sempena hari Jumaat yang mulia ini, Yui buka kembali order untuk Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui. Sama macam tahun lepas { entry }. Oh ya, harga masih sama. Masih tiada perubahan. Jadi jangan risau ya.


1) Berapa harga mini popiah yang di jual?

Kalau diikutkan, harga bergantung kepada berat mini popiah okay. Berikut senarai harga dan berat yang ada.

a) 400 gram - RM 17.00 ( bekas plastik )
b) 200 gram - RM 9.00 ( bekas plastik )
c) 100 gram - RM 4.50 ( paket )


2) Bagaimana cara penghantaran?

Korang boleh datang ambil sendiri pada aku ( Sungai Siput / Station 18 Ipoh ) atau boleh bayar RM 7 ( semenanjung malaysia ) dan RM 10 ( sabah sarawak ) untuk kos pos laju. Hanya POS LAJU yang digunakan kerana itu lebih selamat okay. Daku tambah guna bubble wrap okay.


3) Bagaimana cara nak tempah?

Kepada yang berminat, diGALAKKAN untuk telefon atau mesej nom hp Yui, 019-2331810 untuk respon segera. Boleh juga email fashanusha@gmail.com tapi takut lambat balas la ya. 


4) Bagaimana cara bayaran?

Apabila korang dah setuju nak beli, dah pilih mana patut, akan Yui bagi nom akaun CIMB untuk urusan pembayaran. 


6) Bilakah waktu penghantaran dilakukan?

InsyaALLAH setiap hari Sabtu kecuali minggu pertama akan Yui pos. Kalau tidak pon hari Isnin. Mini popiah Yui buat time balik ke SS okay. Jadi, order dan bayaran perlu dibuat sebelum petang Jumaat.


7) Siapa yang buat mini popiah?

Ini adalah hasil tangan dari Yui dan juga mak dan juga bantuan adik-adik. Kami akan buat bersama. Kira lenguh bontot pon bersama lah. Hahaha!


Okay, itu aje kot maklumat yang perlu korang tahu. Ada apa-apa pertanyaan, mesej aje Yui. Takpun tinggalkan pertanyaan korang di entry ini ya. TQ semua.



CONTOH : Order 19 Jun 2013 
Akan dipos minggu seterusnya Sabtu 29 Jun 2013
Order seminggu awal dari tarikh dihantar


- ORDER SENTIASA DIBUKA HINGGA TARIKH TUTUP DIUMUMKAN -


Entry baru sila scroll ke bawah
Terima kasih

Friday 19 July 2013

Hadiah bantal perhiasan craft



Bantal ini sebenarnya sebagai hadiah kepada pemenang GA Jun 2013 Nurul Yui. Tahniah kepada adik Syiera, moga awak suka dengan hasilnya.


Berminat nak order? Sila hubungi



PM di page FB Nurul Yui Collection

atau

MESEJ SAHAJA yui 019-2331810
{ 9.00 pagi - 9.00 malam kecuali hari Ahad & cuti umum }

atau 

nurulyuicollection@gmail.com


♥----- Nurul Yui Collection ----♥ 

Tuesday 9 July 2013

Promosi Pin 2 Lubang 2cm { tamat 16/7/2013 }



Promosi

100 pcs : RM 9
( tidak termasuk poslaju )

Harga biasa 
100 pcs : RM 14

Promosi tamat 16/7/2013
Harga kembali seperti biasa selepas tarikh tamat promosi


Berminat nak order? Sila hubungi



PM di page FB Nurul Yui Collection

atau

MESEJ SAHAJA yui 019-2331810
{ 9.00 pagi - 9.00 malam kecuali hari Ahad & cuti umum }

atau 

nurulyuicollection@gmail.com


♥----- Nurul Yui Collection ----♥ 

Monday 1 July 2013

Peraturan peniaga dalam talian berkuatkuasa bermula hari ini 1 Julai 2013

1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa, iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini.

Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ini, ia akan memerlukan mereka yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum menjual di arena internet. Untuk perhatian, ia bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini.


Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?
Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah.
Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:
  • Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat.
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian.
  • Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat-syarat
  • Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.
Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian dimana setiap pemilik yang membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data (nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh baca { sini }


COPY & PASTE


InsyaALLAH pembelian di Nurul Yui Collection terjamin kerana telah selamat mendaftar dengan SSM.